Emir Abu Khalil Ulangtahun ke-60 Israel

Khamis, 15 Mei 2008 genap sudah penjajahan Israel di tanah Palestin selama 60 tahun, menandakan kelemahan umat Islam paling nyata apabila penjajahan British pada 1917 membuat penghijrahan Yahudi besar-besaran


Greenscarfday.com
comment No Comments Written by Megat Taufiq on May 20, 2008 – 9:28 pm

Ledakan organisasi-organisasi kebajikan bukanlah suatu perkara yang baru. Semakin banyak badan-badan dan juga persatuan-persatuan ditubuhkan untuk membaktikan masa, tenaga dan wang mereka demi membantu saudara-saudara se-Islam nun jauh di Negara lain. Menariknnya, kebanyakan badan-badan ini sudah mula menggunakan pendekatan yang kreatif dan pelbagai untuk mendekatkan organisasi mereka dengan orang awam. Contohnya seperti Konsert Sound of Light yang dianjurkan oleh HAI, demonstrasi aman hari Al-Quds dan sebagainya. Sebagai orang awam, kemudahan dan informasi yang disalurkan ini memudahkan kita untuk membantu saudara-saudara kita di Negara lain.

Greenscarfday.com

Khas kepada kaum wanita terutamanya, Greenscarfday.com adalah sebuah badan berdikari yang ditubuhkan untuk membantu wanita yang sudah kehilangan suami dan juga membantu anak-anak yatim di negara yang dilanda bencana. Ia menjadikan 20 Ogos pada setiap tahun sebagai Green Scarf Day. Seperti namanya, Greenscarfday, lelaki mahupun wanita pada hari tersebut akan memakai pakaian serba hijau untuk menunjukkan sokongan pada matlamat ini. Terdapat beberapa projek telah dijalankan pada tahun ini dan antaranya ialah “Charitable Kitchen Project” di Ariha, Palestine dan juga Sudanese Maternity Ward di Sudan. Usaha mereka mendapat kerjasama daripada beberapa persatuan dan badan kebajikan seperti Muslim Student Association of Australia (MSAA) dan juga Human Appeal International (HAI).

Jika anda berminat untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, boleh lawat website Greenscarfday di Greenscarfday.com

If you enjoyed the article, why not subscribe?

Browse Timeline

Related Post

  • No Related Post

Post a Comment

About The Author: Megat Taufiq



Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address: