Konsert Sounds of Light
2 Comments
Written by admin on May 14, 2008 – 10:28 am
Human Appeal International Australia sekali lagi pada tahun ini akan mengadakan konsert “Sounds of Light”, dengan tagnya, “Together…Helping the Children of The World”. Dengan kejadian malapetaka tsunami, gempa-bumi, peperangan dan sebagainya, HAI mengorak inisiatif untuk mengumpul dana bagi membantu kanak-kanak yang tidak bernasib baik ini dan menyinarkan harapan yang lebih cerah kepada mereka. Melalui acara ini, HAI mengharapkan untuk mengumpul dana disamping mempopularkan arena nasyid antarabangsa. Tahun lepas, konsert Sounds of Light telah menyaksikan persembahan kumpulan Nasyid terkenal dari seluruh dunia seperti Ahmad Bukhatir, Imad Rani, Mesut Kurtin dan juga kumpulan nasyid dari Malaysia, Raihan. Pada tahun ini, sebanyak enam penyanyi nasyid popular dijemput untuk memberikan persembahan mereka. Untuk maklumat lanjut, sila ke laman soundsoflight.com.au




salam..em,juz a suggestion..raseny boleh tak letak klip2 concert sound of light yg lepas2 kat cni..tq
Sure can..diambil daripada official channel of sounds of light di youtube