Greenscarfday.com
No Comments
Written by Megat Taufiq on May 20, 2008 – 9:28 pm
Ledakan organisasi-organisasi kebajikan bukanlah suatu perkara yang baru. Semakin banyak badan-badan dan juga persatuan-persatuan ditubuhkan untuk membaktikan masa, tenaga dan wang mereka demi membantu saudara-saudara se-Islam nun jauh di Negara lain. Menariknnya, kebanyakan badan-badan ini sudah mula menggunakan pendekatan yang kreatif dan pelbagai untuk mendekatkan organisasi mereka dengan orang awam. Contohnya seperti Konsert Sound of Light yang dianjurkan oleh HAI, demonstrasi aman hari Al-Quds dan sebagainya. Sebagai orang awam, kemudahan dan informasi yang disalurkan ini memudahkan kita untuk membantu saudara-saudara kita di Negara lain.




